Tuesday, April 6, 2010

wahai sahabatku...

Menasihati seorang sahabat, Adakah itu satu kesalahan?
jika tidak napa ia dipersendakan,
aku x minta dihormati,
kerana aku tahu aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan dan dosa.
manusia yang lemah lagi tidak sempurna ini hanya mampu untuk menunjukkan jalan yang lurus kembali ke pangkal jalan.
Namun begitu,kabaikan ku disalah tafsirkan oleh orang sekeliling dan juga dirimu.
jika kau tau ini semua akan berlaku,
sama sekali aku xkan memberi pendapat atau pandangan tetkala kau meminta,
Haih, sesak dada ini untuk bernafas. Sebegitu payahnya dugaan yang melanda.
wahai sahabatku,
aku tau, aku tidak berhak mengganggu kebahagianmu sekarang,
tapi, ketahui lah, bahawa hatiku benar-benar terluka dgn sikap dingin mu,
apa pun terjadi, aku doakan kau akan terus bahagia dengan pilihan mu.

Pelbagai dugaan yang ku tempuhi. Pelbagai tomahan yang ku terima.
Pelbagai perkataan yang ku dengari. Pelbagai perasaan yang ku rasai.
Terima kasih wahai sahabat. Terima kasih. Aku bersedih dengan dirimu wahai sahabat.
Air mata yang kian menghujani tanpa henti tidak pernah dikesati.
Alhamdulillah. Moga Allah mendengar rintihan hati ini. Moga doa insan teranaiya ini dimakbulkan.

Ya Allah,
Sesungguhnya kau maha pengasih, kau pulihkan dan ceriakan lah kehidupan hambamu kembali.
Kau kuatkan lah semangat dalam diriku agar kental dan tabah menghadapi segala ujianmu.
Kau teguhkan lah juga keimanan ku terhadapmu Ya Rahman.
Sesungguhnya engkau maha mendengar dan maha berkuasa.
Hanya padamu tempat aku mengadu dan hilangkan segala keperitan yang telah aku lalui selama ini.
Perkenankan lah doaku ini Ya Allah. Rahmatilah kehidupanku di dunia dan akhirat jua.
Aminn..



apa la yg aku bebel ni...ni semua berpunca pabila atiku terluka..
terluka kerna seorg shbt..
sahabat yg dulu sama2 susah dan sama2 senang,
tp kini segala-galanya berubah,

Sahabat…

Dulu kita sangat akrab.

Gelak ketawa bersama dah terlalu kerap.

ketika berduka kau jela yang boleh diharap.

Takde benda lain lagi yang paling mujarab.

Sahabat…

Itu dulu sewaktu kita belum ada sengketa.

Sebelum wujudnya pelbagai prasangka.

Sebelum kau memilih kaca dan bukan permata.

Sebelum kau berubah berpaling muka.

Sahabat…

Pernahkah kau ingat lagu-lagu itu?

Pernahkah kau rindu saat-saat yang berlalu?

Pernahkah kau sebut-sebut namaku?

Pernahkah kau menyesal dengan apa yang berlaku?

Sahabat…

Biar kuberitahu mu apa yang kau tidak tahu.

Aku menangis kenangkan diri dan sikapmu.

Kenapa kau sanggup khianati sahabatmu demi sesuatu yang palsu?

Aku sentiasa berdoa agar kau tak lupakan semua itu.

Agar kau tahu, harga persahabatan bukan mampu ditunjuk-tunjuk sebegitu.





5 comments:

sArA said...

weh teah..ang karang sndiri ea??
cayalah...hehe

sngt mgharapkan shbt yg mlukakan i2 bukan ak dan takkan pernah ak....

..:FiLa:.. said...

weh sejak bla ang ada bakat cm ni??kagum2..hehe
btw..sabo je la..nt2 dy sedar la yg mna kaca yg mna permata =)

tehah said...

hoho.. sajak 2 x wat sendiri la wei... sejak bila plak aku pandai berpuitis...

AffanDisme said...

dalam perjalanan yang bernama kehidupan ini tak kan pernah terlepas dari mengahadapi musibah..

musibah ituu tanda kasihnya untuk meningkatkan taraf keimanan kita..

ingat Allah tidak akan menurunkan ujian melainkan hambanya itu mampu menanggungnya...

tehah said...

tq wan 4 ur advice....tehah akan cuba kuatutk tempuhi dugaan ini..hohohho

Post a Comment